CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

**Assalamualaikum** ~~Ahlan Wasahlan~~

~Senyum itu satu sedekah~ ^_^

KUCIWA



Salam..

Nampak tak tajuk entri ni.

Haaa.. tengah kecewa ni..

Sebab ape? Jom kita imbau ape yang berlaku dalam

hidup Zira beberapa jam lepas........


1100-1300

[Test mathematical lab [MATHEMATICA] berjalan]

Cara Prof Ahmad buat
TEST membuatkan saya STRESS.

20 minit untuk setiap soalan. Ada 5 soalan JE.

Setiap 20 minit, dia akan g check + kutip markah.

Pastu baru boleh g ambik soalan seterusnya.

Biasa kalau kita jawab soalan test/exam,

Kalau tak dapat jawab soalan nom 1,

Kita akan proceed ke nombor 2 kan? Kan Kan?

Ni memang tak boleh la nak proceed.


Soalan? Bukan AGAK susah. Tapi MEMANGsusah.

Huu.. Rasa macam orang tak study je kot.

Lagi2 prof asyik ke hulu hilir + jenguk2 jawapan kita.

Tension woo..

Jawab test tadi memang menggelabah la.

Plus Zira memang cepat gelabah orangnya.

[Tak dapat disangkal lagi]

Sampai tangan terketar2..

Tulisan pon hancusss..


Dah. Malas nak fikir pasal test dah.

Td tu la test terakhir untuk sem ni.


Sekarang focus pada assignment Mathematica.

Ada 3 soalan

Solan ke 3 nak lukis ni...

Bukan pakai tangan / pakai adobe photoshop.

Tapi MATHEMATICA ye kawan2..

Pakai Bezier Curve bagai.



Chop.Chop.

Nak tayang hasil assignment 3DS max haritu sikit.

Dalam gambar sudah. Yang video,

Hak Cipta Terpelihara. =p






Poyos...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suram



Assalamualaikum..

Nape kebelakangan ni asyik suram2 je ye.
huu..
mungkin sebab cuaca yang asyik2 ujan tu.
jadi mood pon ala2 kehujanan jugak.

Hari isnin aritu ada khemah tunggang terbalik
+
pokok tumbang kat USM.
gara2 hujan lebat + angin kencang.

Ya ALLAH :
Peliharalah kami dari Bencana.
[kita doa sama2 ye]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu Depan



Salam..

minggu depan punya jadual...

Selasa [29 mac]
mid term exam Psiko Abnormal

Rabu [30 mac]
quiz Psiko Sosial

Khamis [31 mac]
Online Test Mathematical Modelling

Harap2 saya dikurniakan
kesihatan dari Allah S.W.T
supaya saya dapat buat test2 tu dengan baik.

INSYA ALLAH

^_^

sedang menghadam maksud2 setiap istilah yang ada di dalam nota comelku yang berwarna-warni. =) Harap hatiku terang untuk menerima ilmu + mindaku mudah untuk mengingat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KeKaBuTan



Salam..

Sekarang ni busy sikit.
[bila tak busy tah minah ni]
Ada assignment nak kena hantar sebelum hari sabtu.
Dari semalam.
Assignment saya dah siap buat.
TAPI TAPI TAPI.
kena render dulu.
assignment ni pakai sofware 3DS MAX.
lecturer nak dalam animation.

heih!
satu hal pulak nak render.
loading lambatttttt gileerr.
sampai naik gile nak tunggu ni ha..
Eh. tak baik la ckp mcm 2.
mak kite tak kasi ckp negatif.
=]

sian lappy HP biru 10 inci saya.
dah semalaman dia tak di'shut down'
mesti dia penatkan.
huuu

sampai sekarang.
xsiap render ag
mood : risau!!!!

harap segalanya lancar.
hari ni beg g kelas serta merta jadi GEMOK.
even ada 2 kelas JE.
sebabnya, dok bwk lappy.
nasib baik laptop sy kecik+ringan.
laptop dibawa ke hulu hilir.
untuk pastikan operasi rendering berjalan baik

Sigh!

Hati tak tenang selagi xsiap render.
dlm kelas psiko pon dok fikir pasal 3ds max.
nak bukak laptop dalam lecture
kang orang kate nak menunjuk pulak.
almaklum la.
laptop sy ni kiut miut gitu.
segan nak bukak depan orang
malu malu malu.

+29 mac -mid term psiko tak normal.
+30 mac - quiz psiko sosial.
=saya sangat busy...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gembira



Salam...

Apa khabar kamu semua.
Sihat?
Alhamdulilllah..
Gembira tak?
Kalau gembira, baguslah..

kali ni nak kongsi sikit.
Kalau Kita Buat Seseorang Gembira,
Sekaligus kita pon akan gembira..

Masa Karnival Matematik haritu kami ada jual keychain.
Jadi, saya terfikir nak bagi la kat bestfriend saya.
Mesti diorang suka.
Sebab comel.
Disebabkan tak tau bila nak jumpa diorang.
Saya pon pos la kat diorang.
Hehe..
Dan seperti yang disangka.
Memang diorang suka!

So, bila diorang gembira,
saya pon rasa gembira.

Sayang kamu semua!
‎{。^◕‿◕^。}

Jom tengok keychain nya..

yang kiri warna pink tu untuk siti rokiah .
yang lain saya punya.

eh. gambar ni sesat pulak.
hehe. ni hadiah dari seseorang.
ole-ole dari tambun.
nak g tambun gak!!!!

ok. ni untuk cik julezza.

ni untuk punitha.

ni untuk teng.

ni untuk lee hong.


ni saya punya.
[yang lain2 saya bagi kat kawan saya,
tapi yang ni orang bagi kat saya]
ngeh3...

Comel kan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Leka + Lalai



Salam...

Penat la buat assignment.
Rehat kejap.

hari ni mau cerita pasal leka / lalai.

pada suatu hari
[macam cerita kanak2 pulak]
saya tengah buat assignment
yang menggunakan software dalam laptop.

10 minit berlalu,,,,,,,
nak bukak internet jap la.
nak tengok emel.
[saya pon klik GOOGLE CROME,
yahoo mail, sign in dsb]
lepastu, nak check nota dalam e-learning
untuk kelas esok.
+ kalau2 lecturer ade tulis apa2 notis kat situ.

selepas itu,
nak bukak FB jap lah.
nk tengok2 KEJAP je.

30 minit kemudian,
nak bukak blog KEJAP lah.

30 minit kemudian,
masih lagi ON9.

Assignment??
tiba2 je lupa niat sebenar tekan Google Crome td.
Assignment tiba2 je MACAM TAK ADA.

lepas 'penat' on9 + nak shut down laptop,
eh! assignment!
haha..

ini lah bahana assignment menggunakan laptop. banyak dugaan tau dok.
sekarang saya ngah buat assignment 3ds max. hantar 26 mac. saje buat awal2. takut2 terkena godaan macam di atas. haha. kalau buat lambat2 kang kelam kabut pulak kan. saya update blog ni sebab dah penat ye. sebab dok menghadap benda alah ni dari pukul 6 lebih sampai sekarang dah dekat pukul 12. adooiii,,, sakit pinggang den. jom lunch same2! ‎{。^◕‿◕^。}

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ooooo



Salam...

Tadi call ayahanda.
Bermanja + bergurau senda sikit.
Pastu ayah ada cakap
"Semalam ieja g beli baju baru,
nak jadi pengapit zani"

Fuyooo..
Saya kata,
"Biasanya orang kata, kalau orang tu
jadi pengapit, lepas ni
dia pulak kawin.
haha..
cik abang nik khairol rizal.
ada calon sudah ka?

Cik abg saya ni single ye.
Single ke?
Dengar kata,
nak kawin lepas saya habis belajar.
i like.
jadi, encik ada masa setahun lagi untuk pilih mana2
gadis untuk dilamar ye.
hikhik..

katanya,
sebelum bawak jumpa mama + papa,
nak bawak jumpa adik dulu..
ooo yeahhh..
i like.
pastikan dia pakai tudung + comel ye.
adik mesti suke kuasa 2.
pastu perangai pon mesti la kena baik kan
& sengal Sikit2 xpe.
sebab abang saya pon sengal kan.
baru sesuai.

Ni lah abang saya.
yang masih bujang.
lagi sorang dah kawin.

ni pulak ayah saya.
[saje letak gambar senyum,
kalau gambar xsenyum nampak garang.
kang korang takut lak]
tapi, ni gambar lama,
guna fon kamera cikai saja.
jadi tak cantik sangat.
+ susah nak tangkap gambar ayah saya.
dia tak berapa suka tangkap gambar.
=)

ok. ni gambar encik abang lagi..

lagi

dan lagi..

ok dah. cukup la tu.. =p
saya sayang dia sangat2. walaupun dia sengal kuasa dua. walaupun dia suka lambat kalau janji nak bawak saya keluar. walaupun dia suka buat saya geram. tapi dia jugak la abang yang selalu bagi saya semangat & buat saya ketawa.
Nik Khairol Rizal Bin Mohammad


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

dua puluh ringgit



Salam..

semalam saya berBBQ
semalam saya pakai seluar jeans
dalam poket kanan saya letak handphone
dalam poket kiri saya letak RM10 2 keping.

masa buat BBQ + mata pedih2
saya ada la beberapa kali tengok handphone.
lepas tengok, saya tersilap
gi letak handphone kat poket kiri.
[tak taw kali ke berapa tengok,
yang salah letak tu]

bila dah nak balik
kawan ajak naik prebet.
sebab bas dalam kampus dah tak ada masa tu.
da lebih pukul 1030 malam.

selup dalam poket belah kiri.
RM10 2 keping dah tak ada.
selup belah kanan.
tak ada jugak

baru sedar. duit dah tercicir.
cari2 sikit.
tak jumpa.
pasrah
=(

harap2 ada orang jumpa duit tu.
tak kisah sapa2.
harap2 orang yang jumpa duit tu orang yang memerlukan duit.
tak kira la makcik/pakcik tukang sapu ke
student ke pe ke.
harap orang tu guna duit tu dengan sebaiknya la.
kira halal je.
=)

kalau tak ada orang jumpa,
maknanya
duitku itu tertanam je la kat tepi tasik harapan tu..
lama2 jadi harta karun kot.
haha..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

weekend



Salam..

Malam ni ada BBQ kat Tasik Harapan.
Ngeee..
Budak math USM nak makan2 dgn budak uitm kelantan.
Bestnya.
Lama dah tak berBBQ.
Start pukul 8.
Tapi saya nak gi pukul 6.
Nak tolong2 apa2 yang patut.
Sekarang pon dorang da start set up.
Tapi disebabkan saya kena bertugas jaga Cyber Saujana
dari 4-6 petang, turun lambat la sikit.

Esok Insya Allah nak gi Queensbay.
Nak tengok wayang.
Hee.. Tapi tak decide lagi nak tengok cite ape.
MOOD :Suke!

[tadi ada orang jual perfume datang kat saya + kawan2
masa kitorang baru lepas makan,
kawan saya a.k.a cik dayah,
berminat dengan perfume
Apple Blossom.
Perfume tu la saya pakai sekarang.
Jadi saya tak kasi dayah beli yang tu.
haha.
kejam kan.

Sebab ape?
Sebab dia kan rapat dengan
En. Nazirul saya tu,
nanti bau dia sama dengan bau saya.
tak syok la.
haha.
xmo. xmo. xmo..

kata si penjual perfume,
kalau adik pakai perfume ni,
nanti orang akan ingat bau adik sampai bila2.
{saya = bau apple blossom}
kalau bau apple blossom,
ingat lah saya.
ye kawan2.

kata si penjual lagi,
kalau adik biasa pakai perfume A,
tibe2 esok pakai perfume B,
nanti kawan/BF tegur,
eh, bau lain harini.
(saya hanya mampu tergelak sebab
baru beberapa hari lepas,
En. Nazirul cakap macam tu kat saya
gara2 saya pakai perfume lama.
Sebab perfume tu da tinggal secoet,
nak la abeskan, leh buang terus.
heee..)

p/s : saya tak pakai perfume banyak banyak atau bau kuat kuat. sikit je. untuk diri sendiri bau. Sebab bila kita wangi, kita akan rasa konfiden. eh! tapi macam mana En. Nazirul boleh bau? ^o^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

untitled



Salam...

Pernah tak korang rasa cam ni

TAK lapar tapi nak makan

TAK ngantok tapi nak tidur

haishh....

Rasa macam tak normal jer sekarang ni.

hooo...



p/s: da boleh senyum dah sikit. hati dah gembira. Terima kasih kepada : awak.
mood : Study engineering computation 2 untuk test + quiz minggu depan. kena buat banyak latihan ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senyum plastik



Salam...

Rasanya, kebelakangan ni cam KURANG gembira je.

Kenapa ye?

Senyum pon ala2 plastik jer.

Rasa macam dah lama tak gelak + ceria2.

Kenapa

Kenapa

Kenapa


Tolonglah!!!

Please make me happy..


rasa macam nak makan benda mengarut je.

contoh : keropok, maggi, coklat, aiskrim. ouh! tapi.... esok ade test psiko.. huuuuuu... =(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setengah berisi,Setengah kosong?




Asslamualaikum..

Rasanya macam dah lama tak menulis kat sini.
ok
pada sesiapa yang baca entri ni saya nak tanya.
" Apa yang korang nampak daripada gambar bawah ni"
i) gelas ni separuh berisi
ii) gelas ni separuh kosong
pilih salah satu sebelum teruskan membaca..



ok

bagi orang yang menjawab gelas ni separuh berisi :
kamu adalah perfikiran optimistik.
bagus.
orang yang optimistik ni
sentiasa berfikiran positif.
masalah yang mendatang tidak dianggap sebagai halangan.
tapi dianggap sebagai cabaran untuk terus maju.
syabas.

bagi orang yang jawab separuh kosong :
kamu adalah seorang yang berfikiran pesimis.
maknanya, kamu selalu berfikiran negatif.
betul tak?

korang tahu tak,
kalau korang berfikiran negatif,
pemikiran korang tu yang akan mendorong
perkara tu untuk menjadi kenyatan.
walhal benda tu boleh dielakkan sebenarnya.

contoh 1:
esok ada test.
"comfirm susah gila test esok ni.
mesti tak dapat jawab"
apa yang akan berlaku?
kita tak kan dapat jawab soalan tu.

contoh 2 :
dua orang peniaga sedang mencari tempat untuk buka kedai
mereka menjual makanan yang sama iaitu PIZZA.
mereka pergi ke sebuah kampung.
kat situ ada 1 lot kedai untuk disewa.
jadi mereka pon 'survey' apa yang orang kampung tu selalu makan.
ternyata orang kampung tu makan masakan kampung sahaja.

peniaga 1 :
semua orang makan masakan kampung.
comfirm tak laku kalau jual pizza kat sini.

peniaga 2 :
semua orang makan masakan kampung.
kalau saya jual pizza, mesti ramai akan beli.
sebab dorang tak pernah makan pizza ni.
dorang mesti nak cuba sesuatu yang baru & sedap.

{cara kita melihat sesuatu situasi tu berbeza}


sekarang saya dalam proses membaca buku bawah ni.

buku ni sangat bagus + best.
sebab setiap bab akan ada 'short story'
& lepas tu akan ada huraian maksud tersirat setiap cerita.
bukan macam buku motivasi lain yang
banyak penjelasan berjela-jela.


penutup : kita kena betulkan perspektif kita dalam setiap situasi & sentiasa berfikiran positif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS