CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

**Assalamualaikum** ~~Ahlan Wasahlan~~

~Senyum itu satu sedekah~ ^_^

Kemaskini



Assalamualaikum.

Lama sangat dah tak log in blog ni.
Seronok pulak baca post masa study dulu.
Kawan2 pon semua dah tak aktif blogging macam masa study dulu.

Sekarang.
Saya dah grad pon.
21 September lepas.
Alhamdulillah.

Semoga Allah permudahkan segala urusan selepas ni.
Kita buat perancangan,
Allah juga buat perancangan.
Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik.

Saya.
Cuma berusah, doa dan juga tawakal.
Doakan yang terbaik.
Untuk diri sendiri, keluarga dan rakan2. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hati



hati terguris.
Hati siapa yg tak terguris bila menerima kata2 yg menikam.
Terutama daripada sahabat baik sendiri.

Teguran.
Teguran adalah sesuatu yg amat sukar.
Kita perlu bercakap dgn cara yg baik,
ayat yg sempurna,
supaya tiada hati yg akan terguris.
Supaya, teguran dapat diterima.

Saya sendiri, berfikir sedalam dalamya 
sebelum menegur seseorang.
Kerana mahu menjaga hati, perasaan seseorang.
Tak sanggup membuat org terluka.
Tapi, terkena pada diri sendiri.

kalau ada hati yg terguris. 
mcm mana?
Sungguh, kata2mu menghiris hati ni.
Tak dapat digambarkan.
Walaupun ayat 'sandwich' digunakan.
Tetap, tak dapat dilupakan SATU ayat 
ditengah2 yg melukakan hatiku.

Kenapa wahai sahabatku?
Kenapa?
Hmmm....

Ini BUKAN bermakna, saya TIDAK boleh ditegur.
Tapi, ada caranya.
Maafkan saya, saya masih tidak dapat menerima.

-luka masih di dalam hati. tak tahu mcm mana nak disembuhkan- 
Ya Allah, bantulah aku utk memaafkan sahabatku itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

USM dihatiku



Salam.

Exam : tinggal 1 paper sahaja : psikologi perkembangan.
Insya Allah bakal bergraduasi September ni.
Insya Allah.
Entah kenapa. 
Saat sekarang ni rakan2 se'batch' sibuk nak 
'menikmati' saat2 akhir sebagai pelajar tahun akhir, saya?
Macam takde perasaan.
Mungkin disebabkan oleh killer paper Real Analysis.
Dengan carry mark yg tak berapa sangat.
Risau dibuatnya. 
Tapi tak fikir sangat pun.
"Harap 'kita' dapat grad sama2 tahun ni ye!"
Alhamdulillah paper Fluid Mechanic tu lecturernya baik + berhati perut.
Jadi takde la susah sgt.
Kalau ikut subjek, memang susah.

Paper psiko. nasib baik best.
Tapi ada 17 bab.
Tengah sibuk2 buat nota.
Penat makcik!
Tapi suka. 
Apa2 pun.
Tekanan dah kurang sekarang. 
I'm okay.
Just follow the flow~~

~( ", )~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melawat Melaka



Assalamulaikum..
Di atas ni gambar kami sekeluarga yg pergi Melaka
baru baru ni.
Tak la lengkap. Cuma sebahagian.

Melawat Melaka.
Best sangat.
Banyak juga la tempat yang kami pergi.

Mula2 makan sate Kg. Jawa.
Sangat sedap. tapi kena mengunggu lama sikit la.
Mee goreng boleh tahan pedas!
Melaka kan. lebhi kurang N. Sembilan juga.
Masakan pedas2.
hehe..

Lepas tu kami solat di Masjid Tertua di Melaka
[kata abg ku]
Masjid Kampung Hulu.
Ada kisah sadis sikit kat sini.
Handphone ku terjatuh dalam tandas.
Apakan daya, tak dapat diselamatkan.

Lepas tu jalan2 sikit kat Melaka ni.
Beli2 barang sikit.
[Dapat beli jubah hitam yg cantik! Excited!]

Kami ada juga naik Kapal. Berhampiran Menara Taming Sari.
Best juga.
Macam2 ada. Besar pulak tu.
Bertingkat2.

Malamnya kami berjalan lagi kat bandar Melaka tu. 
Best2.
Tengok beca yang berlampu warna warni
dengan lagunya. Fuhhh.
Dasyat..
Kami berkesempatan naik Melaka River Cruise.
Best!
Pemandangan yg sangat la cantik.
Especiallny kampung tepi2 sungai tu.
Dihias cantik.
Especiallny kampung morten.
Bangunan pun ada lukisan2 menarik.
Restoran yg ada tema & gaya tersendiri.
Cantik sgt...


 Esoknya kami pergi kenduri.
Lepas kenduri, pergi jalan2 lagi.
Kami pergi perigi hang tuah.
Gambar bawah ni Masjid yg dekat dgn perigi hang tuah tu.
Cantik masjidnya.
Walaupun binaan lama.


Gambar 1st tu gambar kami sekeluarga masa
kat rumah tradisional yg berdekatan perigi hang tuah.
Cantik rumahnya.
Banyak barang antik dalam tu.

Lepas tu kami pergi Zoo Melaka pulak.
Ronda2 lagi.
hehe..

Sebelum balik rumah kami singgah Seremban,
rumah abg kepada kakak ipar.

Masa on the way blk KL,
hujan dan dah malam.
Kat highway masa hujan disertai kilat mmg sgt menakutkan.
Sebab boleh nampak dgn jelas kilat 
sambar menyambar bercabang2.
Istigfar jela banyak2.

Pengalaman melawat  Melaka sgt best.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kehidupan Seorang Muslim Sejati



Assalamualaikum..

24 Mac yg lepas saya ada menghadiri satu ceramah
yg disampaikan oleh saudara Sham Kamikaze.
Harini baru ada kesempatan untuk menaip
dan sekaligus berkongsi segala ilmu yg dikutip.
Semoga memberi manfaat kepada pembaca.

*manusia sentiasa perlu diingatkan.
*sentiasa bersangka baik dgn orang lain.
*Kenal Allah : Kenal Pesuruh Allah
*Bangun pagi -ucap Alhamdulillah.
mulakan hari dengan ucapan syukur.
Doa moga dipermudahkan segala urusan.

Buku Syamail Muhammadiah - Imam Tarmizi
[jelaskan sifat2 nabi Muhammad]
Insya Allah bila ada kelapangan nak pergi kedai buku & beli buku ni.

*amalkan sunnah rasulullah.
*sebarkan ilmu -mulakan berkongsi
[guna facebook kan senang, senang2 dapat pahala free]
*Jangan buka aib org / aib sendiri.
*Jauhi bercakap perkara sia sia , mengumpat dsb.
Jangan harapkan pujian.
*Berazam untuk berubah
*Kawal emosi diri.
*Dakwah - Wajib
*Perbaiki akhlak ikut sunnah
*Islam is the way of life.

wallahualam..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cinta



Assalamualaikum..

Cinta? Apa itu cinta?
Siapa pernah bercinta?
Cinta ni adalah satu perasaan yg merupakan lumrah dalam diri setiap manusia.
Cinta kepada siapa? 
Allah? RasulNya? Agama? Ibu bapa?
atau pada seseorang yg berlainan jantina??

Nasihat untuk diri sendiri dan rakan2....
Tiada istilah bercinta sebelum berkahwin.
Tiada istilah cinta islamik.

Sebab apa?
Jalan zina ni banyakkkkk sangat.
Halusssss sangat.
Contoh : Jalan2 zina seperti SMS, Call, berjumpa tanpa keperluan
itu tetap sesuatu yang berdosa.

Persoalannya, bagaimana kita boleh mengharapkan perkahwinan yg
bahagia sekiranya asasnya adalah murka Allah?
Fikir2kan. 
=)

ini ada sedikit petikan daripada buku yg saya baca:

Biasanya org yg terpaksa kahwin sbb takut berzina
adalah org yg hidupnya memang dekat dgn zina.
Sedangkan jalan zina itu Allah tegah menghampirinya..

Sekiranya kamu sanggup menempah risiko itu,
maka silakanlah membalas surat lelaki, melayan SMS
dan panggilannya, keluarlah berdua duaan meskipun pengisiannya adalah
belajar Al-Quran.

Tanyalah mana2 penzina, tiada seorang pun yg berniat
hendak berzina ketika mula berjinak dgn jalannya.

Pesanan utk diri :
Saya juga pernah bercinta.
Banyak melakukan dosa.
Menghampiri jalan2 zina.
Jadi, dengan pembacaan sy, sy cuba utk berubah.
Menjauhkan diri drp si dia.
Cuba jadi muslimah sejati.
Sebagai manusia, saya perlu sentiasa diingatkan.
Kerana saya mudah lupa.

Sesungguhnya sy amat takut dgn azab Allah.
Sy tinggalkan semuanya kerana sy mahukan
kemanisan bercinta selepas berkahwin.
bukan sebelum.
=)

wallahualam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cuti



Assalamualaikum..

Seperti semua sedia maklum, weekend ni bermula la cuti midsem bagi pelajar
Ijazah Sarjana Muda utk IPTA2 sekalian.
Termasukla saya.
BTW, esok tak ada kelas, so, esok balik KL!
Tiket dah beli, bas pukul 9.45,
semoga selamat sampai.
=)

Insya Allah sabtu ni family kami nak pergi Melaka.
Yeay!
Jalan2 cari makan.
Hehe..

Cuti ni ada kerja nak kena buat sebab naik cuti ada test,
ada assignment nak kena hantar and ada Mock Interview!
Tapi tapi,,, rehat2 la jugak
Heee..
Dah nama pun cuti kan.
=)

Semoga Allah permudahkan segala urusan.
=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa kenapa



Kenapa kebelakangan ni?
Asyik sedih2 jer.
Baru ditimpa sikit dugaan,
dah sedih.
hmm..
hidup biasa la.
penuh ujian.
Be strong la.

Masalah tak kan selesai dgn bersedih je.
Termenung.
Hmm...
Fikir jalan penyelesaian lain,
buat satu2.
settle satu2..

Kalau menangis tu dapat legakan hati ni.
Menangis la.
Sampai mata bengkak pun tak pe.

Tapi jgn lupa berdoa pada Allah.
Mohon dipermudahkan.

Memang tu pun yang dipinta setiap hari.
tapi masih ada dugaan mendatang.
tak adventure la kalau hidup tanpa dugaan kan.
tak teruji la keimanan.
tak teruji la ketabahan.

Ketabahan dan keimanan akan meningkat
setiap kali selepas setiap satu dugaan ditempuh.

Hari ni, nak menangis LAGI..
=']

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Study



Kalau menghadap
buku nota
nota ringkas
buku rujukan 1
buku rujukan 2
mana satu yg nak difokuskan?

pening la jadinya.
tengok la satu2 cik akak oi..
=]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dulu dulu



Salam...

Hari tu, borak2 dengan mama.
Dia pun bercerita tentang kesusahan zaman dulu2.

Mama cerita,
orang dulu2,
umur 4-5 tahun dah kena jaga adik yg lebih kecil.
Kalau sekarang? Don't think so.
Kalau dulu, sekolah rendah tu dah kena masuk dapur.
Masak.
Darjah 1 dah kena masak nasi.
Dulu pakai dapur kayu nak masak k.
Bukan pakai periuk nasi elektrik mcm sekarang.
Letak beras, nasi, on, tinggal gitu jer.

Bila dah besar sikit,
kena memasak. Emak, mengarah jer.

Lagi, ma cerita,
dulu kalau nak basuh pinggan,
kena guna air dalam tempayan.
Air dalam tempayan tu perlu diambil daripada perigi.
and zaman dulu2 biasanya perigi luar rumah.

Agak2 dari setimba2, isi dalam baldi,
usung baldi ke dalam rumah,
tuang dalam tempayan,
berapa kali ulang alik baru tempayan tu baru penuh?

Mesti sampai berpeluh kan..
Kalau sekarang?
Buka paip, dah dapat air.
Senang je.

Jadi, bersyukur la dengan segala kesenangan yang kita dapat.
Jangan asyik mengeluh dengan kesusahan yg sedikit.
=)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

syukur



Assalamualaikum..


Syukur.
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Aku bersyukur ke hadrat-Mu ya Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kucing



Salam...


Kucing,
semua orang tahu, kucing ni haiwan kesayangan
rasulullah.

Nak diceritakan sikit,
ada seekor kucing yang selalu jalan2
dekat rumah saya.
tak tahu la sape tuannya.
bulu dia ala2 kucing model
iklan whiskers tu.
warna kelabu hitam.

comel.
yang mengagumkan saya,
kucing ni perwatakannya sangatla sopan.

sopan macam mana?
kalau dia mengiaw depan pintu rumah saya
[minta makanan la tu. hehe]
dia sekadar mengiaw je.
sambil duduk depan pagar.
dia tak kan masuk.
kalau masuk pun,
sekadar depan pintu.

wah2..
bagus sangat kamu ni ye.
=)

sekarang ni setiap malam mesti dia datang.
sebab dah tahu ada org bagi makanan,.
hehe..

bagi saya, kalau saya @ ahli keluarga
dapat bagi dia makanan,
saya akan rasa sangat gembira
dan puas hati.
suka, seronok.

tu sahaja kisah kali ni. wassalam
=)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Novel



Salam..

Kali ni saya nak bercerita pasal
novel yang baru saya baca.

Sebarkan cinta-Mu
Fatimah Syarha Mohd Nordin

Novel ni adalah sebuah novel tauhid.
Sangat bagus dan sarat dengan ilmu.
Ini kali pertama saya membaca novel yang mempunyai
800++ ,muka surat!!

Saya dah pun habis baca novel ni dalam masa tak sampai seminggu.
biasanya saya ambil masa nak habiskan novel.
Sebab tu saya ni tak melayan novel sangat.
Hehe..

Novel ni turut menyelitkan info fiqh selain
memaparkan peranan setiap watak.
Setiap watak mempunyai tauladan yang harus
diikuti dan dijadikan sebagai contoh
dalam menjalani kehidupan seharian yang berliku.

Pada pendapat saya, novel ni sangat bagus.
Sebab, kalau nak dibandingkan dengan novel2 cinta
yang ada dipasaran,
kebanyakannya membuatkan si pembaca
terbuai dengan cinta yang disulami
oleh watak dan segalanya nampak indah.
Seterusnya akan membuatkan
si pembaca berangan2 sampai ke bulan.
Hehe..

Jadi, pandai2 la memilih sebelum beli
sesebuah novel tu ye.
Anda ada hak untuk memilih yang mana lebih diminati
dan bersesuaian dengan diri masing2..














=)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku



Salam..

Senarai koleksi buku terbaru...
=)

1) Indahnya Hidup Bersyariat
- Dato Ismail Kamus

2) Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps
-Allan & Barbara Pease

3) Perbualan Harian Bahasa Mandarin

4) Sebarkan Cinta-Mu
-Fatimah Syarha Mohd. Nordin


Setiap buku sarat dengan ilmu yang sangat berguna. Sebagai seorang insan, kita perlu membaca untuk menambah ilmu pengetahuan. Alhamdulillah saya dah ada ruang di rumah untuk meletakkan buku-buku saya. Semua buku yang saya beli sendiri. Kalau ada orang yang berkenan nak pinjam, saya tak akan lokek untuk bagi.. =)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti semester



Salam..


Cuti sem ni apa yang korang buat ye?
Saya..
sepanjang cuti ni banyak dihabiskan
dengan menjalankan tugas sebagai seorang anak dara.
hehe..

Rutin harian,
kemas rumah, sapu lantai, mop lantai,
basuh pinggan, basuh baju,
lipat baju, dan lain2.

Kalau kat usm tu dok lipat baju sendiri je,
kat rumah?
1 family kena lipatkan.

Hehe.
apa pun, saya sgt suka mengemas.
Sebab, lepas kemas,
hasilnya akan buat sy tersenyum.

Saya ni tak suka serabut2.
hehe..

lagi 1, saya baru beli almari baru,
hoho.
suka2.
warna putih lagi tu.
tapi tak sampai lagi.
Insya Allah 3 Feb sampai la.

Lepas pada tu,
mula la misi mengemas almari baru,
susun baju cantik2.
=)

Walaupun bilik kecil + banyak barang.
tapi kalau kita pandai susun,
akan nampk cantik dan kemas..


Selamat bercuti kawan2..
=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kehidupanku



Salam..


hmm.. exam tinggal 2 paper lagi +
VIVA utk FYP.

wish me luck.
usaha.
doa.
tawakal.

harap dapat sijil dekan.
=)

mak saya pesan.
kita kena letak cita2 yg tinggi.
walaupun kita rasa kita x mampu utk capai.

sbb
bila target kita tinggi,
usaha kita pon byk.
sbb kita akan usaha utk capai cita2 yg tinggi menggunung tu.

lagi 1,
mak sy sentiasa ckp benda positif.
xpernah sy dgr dia ckp negatif.
dia sgt berfikiran positif &
berprasangka baik..
=)

nak jadi mcm mak sy.
berfikiran positif.
motivasi dlm diri kena tinggi.

=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS