CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

**Assalamualaikum** ~~Ahlan Wasahlan~~

~Senyum itu satu sedekah~ ^_^

Dulu dulu



Salam...

Hari tu, borak2 dengan mama.
Dia pun bercerita tentang kesusahan zaman dulu2.

Mama cerita,
orang dulu2,
umur 4-5 tahun dah kena jaga adik yg lebih kecil.
Kalau sekarang? Don't think so.
Kalau dulu, sekolah rendah tu dah kena masuk dapur.
Masak.
Darjah 1 dah kena masak nasi.
Dulu pakai dapur kayu nak masak k.
Bukan pakai periuk nasi elektrik mcm sekarang.
Letak beras, nasi, on, tinggal gitu jer.

Bila dah besar sikit,
kena memasak. Emak, mengarah jer.

Lagi, ma cerita,
dulu kalau nak basuh pinggan,
kena guna air dalam tempayan.
Air dalam tempayan tu perlu diambil daripada perigi.
and zaman dulu2 biasanya perigi luar rumah.

Agak2 dari setimba2, isi dalam baldi,
usung baldi ke dalam rumah,
tuang dalam tempayan,
berapa kali ulang alik baru tempayan tu baru penuh?

Mesti sampai berpeluh kan..
Kalau sekarang?
Buka paip, dah dapat air.
Senang je.

Jadi, bersyukur la dengan segala kesenangan yang kita dapat.
Jangan asyik mengeluh dengan kesusahan yg sedikit.
=)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

syukur



Assalamualaikum..


Syukur.
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Aku bersyukur ke hadrat-Mu ya Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kucing



Salam...


Kucing,
semua orang tahu, kucing ni haiwan kesayangan
rasulullah.

Nak diceritakan sikit,
ada seekor kucing yang selalu jalan2
dekat rumah saya.
tak tahu la sape tuannya.
bulu dia ala2 kucing model
iklan whiskers tu.
warna kelabu hitam.

comel.
yang mengagumkan saya,
kucing ni perwatakannya sangatla sopan.

sopan macam mana?
kalau dia mengiaw depan pintu rumah saya
[minta makanan la tu. hehe]
dia sekadar mengiaw je.
sambil duduk depan pagar.
dia tak kan masuk.
kalau masuk pun,
sekadar depan pintu.

wah2..
bagus sangat kamu ni ye.
=)

sekarang ni setiap malam mesti dia datang.
sebab dah tahu ada org bagi makanan,.
hehe..

bagi saya, kalau saya @ ahli keluarga
dapat bagi dia makanan,
saya akan rasa sangat gembira
dan puas hati.
suka, seronok.

tu sahaja kisah kali ni. wassalam
=)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Novel



Salam..

Kali ni saya nak bercerita pasal
novel yang baru saya baca.

Sebarkan cinta-Mu
Fatimah Syarha Mohd Nordin

Novel ni adalah sebuah novel tauhid.
Sangat bagus dan sarat dengan ilmu.
Ini kali pertama saya membaca novel yang mempunyai
800++ ,muka surat!!

Saya dah pun habis baca novel ni dalam masa tak sampai seminggu.
biasanya saya ambil masa nak habiskan novel.
Sebab tu saya ni tak melayan novel sangat.
Hehe..

Novel ni turut menyelitkan info fiqh selain
memaparkan peranan setiap watak.
Setiap watak mempunyai tauladan yang harus
diikuti dan dijadikan sebagai contoh
dalam menjalani kehidupan seharian yang berliku.

Pada pendapat saya, novel ni sangat bagus.
Sebab, kalau nak dibandingkan dengan novel2 cinta
yang ada dipasaran,
kebanyakannya membuatkan si pembaca
terbuai dengan cinta yang disulami
oleh watak dan segalanya nampak indah.
Seterusnya akan membuatkan
si pembaca berangan2 sampai ke bulan.
Hehe..

Jadi, pandai2 la memilih sebelum beli
sesebuah novel tu ye.
Anda ada hak untuk memilih yang mana lebih diminati
dan bersesuaian dengan diri masing2..














=)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS