CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

**Assalamualaikum** ~~Ahlan Wasahlan~~

~Senyum itu satu sedekah~ ^_^

Tips penjagaan rambut




Salam.

Hari ni nak cerita pasal tips menjaga rambut la pulak.
hehe..
walaupun pakai tudung,
orang tak nampak rambut kita,
tapi kita kena jaga jugak taw.
Sebab rambut tu kan mahkota wanita.
Eceh!

ni sy punye. conditioner xdpt beli sbb harga
mahal melampau. haha.
ni pon abg yg belanja.
beli kat secolo hair dressing.
[cantik kan sikat 2]


~Pilih syampu yang bersesuaian rambut.

~Jgn sesekali menggaru kulit kepala dgn kasar ketika mencuci rambut
kerana ia bukan saja menyakitkan tetapi rambut mudah rosak. Anggaplah rambut kita seperti bayi yg perlu dibelai & dimanjakan setiap masa. Basuh dgn lembut & berhati2.


~Jgn sapu perapi pada kulit kepala kerana ia menyebabkan rambut berminyak. Sebaik2nya sapu hanya pada pertengahan rambut hingga ke hujungnya sahaja.

~Kalau pakai tudung, pastikan rambut diKERINGkan dulu. Kalau tak nanti rambut berkelemumur, berbuah, berbau dan kita akan rasa tidak selesa.

~Masa Keringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara LEMBUT dan PERLAHAN-LAHAN dari atas hingga ke hujung rambut.

~Sikatlah rambut anda agar akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

~Guna air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

~Untuk rambut berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari.

~Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tapi jangan biarkan ia sampai tak terurus pulak. Sebab kalau selalu sangat sikat rambut, kulit kepala akan panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.

~Jangan sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut anda seperti mana anda menyayangi diri anda. Ngee...

~Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam.

~Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat!

~Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.

~JANGAN GUNA BABY OIL @ MINYAK ZAITUN. nanti rmbut akan jadi berminyak & klu buat treatment pon, bahan tu tak dapat masuk dalam rambut sbb minyak tu dah block. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata kamu: